Ciri-ciri baharu MacOS Sonoma

macOS Sonoma dimuatkan dengan beberapa ciri dan penambahbaikan baharu, terutamanya berkaitan produktiviti.[5]

  • Widget telah dirombak sepenuhnya, ia tidak lagi terhad kepada Notification Center—sebaliknya ia boleh diletakkan di mana-mana pada desktop dan pemilih widget telah direkabentuk semula untuk menyerupai versi iPadOSnya.
  • Layar kunci telah ditukar untuk mempunyai jam yang serupa dengan iOS dan iPadOS.
  • Apl persidangan video boleh menindih video kamera sesawang penyampai di atas perkongsian layar.
  • Safari:
    • Profil semaklewa menbolehkan set penanda halaman, sambungan, dan cecikut berasingan, yang boleh digunakan untuk memisahkan, sebagai contoh, aturan peribadi daripada aturan kerja.
    • Perkongsian kata laluan membolehkan berbilang orang mempunyai capaian kepada himpunan kata laluan tapak sesawang yang sama, dan mengemaskininya mengikut keperluan, dengan perubahan menyegerak rentas semua peranti yang didaftarkan.
    • "Apl sesawang" membolehkan pengguna menambah mana-mana tapak sesawang pada Dock dan membukanya dalam antaramuka Safari yang dipermudahkan. Ciri tersebut agak berbeza daripada apl sesawang progresif kerana ia tidak memerlukan kerja tambahan pembangun tapak sesawang.
  • Messages:
    • Penapis carian yang lebih tepat: contohnya, nama kenalan boleh digabungkan dengan istilah carian untuk mencari istilah dalam perbualan tertentu.
    • Catch-up membolehkan pengguna melompat ke mesej pertama yang belum dibaca dalam perbualan dengan cepat.
    • Pelekat iMessage mempunyai antara muka pemilih baharu.
  • Mod permainan, untuk mengoptimumkan prestasi permainan dengan mengutamakan tugas permainan dan memperuntukkan lebih banyak kapasiti GPU dan CPU kepada permainan
  • Penyelamat layar gerak perlahan baharu bagi tempat berbeza di seluruh dunia. Apabila dilog masuk, ia berubah menjadi kertas dinding desktop.

Berkaitan